15 March 2013

pergorbanan seorang ayah :')

APA YANG ANDA TAK TAHU
TENTANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lebih kerap
menelefon utk menanyakan
keadaan kita setiap hari..Tapi
tahukah kita, sebenarnya ayahlah
yang mengingatkan ibu untuk
menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih
sering mendukung kita..Tapi
tahukah kita bahawa sebaik saja
ayah pulang bekerja dengan
wajah yang letih ayahlah selalu
menanyakan apa yg kita lakukan
seharian
Saat kita sakit@demam, ayah
sering membentak "sudah
diberitahu! jangan minum
ais!".Tapi tahukah kamu bahawa
ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta
izin untk keluar malam. Ayah
dengan tegas berkata "tidak
boleh!"..Sedarkah kita bahawa
ayah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi ayah, kita adalah
sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah
pun melonggarkan peraturannya.
Maka kita telah melanggar
kepercayaannya...Maka ayah lah
yang setia menunggu kita di
ruang tamu dengan rasa sangat
risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah
menghantar kita ke
sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu,
untuk keperluan kuliah kita, ayah
hanya mengerutkan dahi.tanpa
menolak, beliau
memenuhinya..Saat kamu
berjaya..Ayah adalah orang
pertama yang berdiri dan
bertepuk tangan untukmu..Ayah
akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah
datang dan meminta izin untuk
mengambil kita dari ayah..Ayah
sangat berhati-hati mengizinkan
nya..Dan akhirnya..Saat ayah
melihat kita duduk di atas plamin
bersama pasangan nya..ayah pun
tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah
sempat pergi ke belakang dan
menangis?
Ayah menangis kerana ayah
sangat bahagia..Dan dia pun
berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah
selesai dgn baik..Bahagiakan lah
putra putri kecilku yg manis
bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan
menunggu kedatangan kita
bersama cucu-cucunya yg sesekali
dtg untuk menjenguk..Dengan
rambut yg memutih dan badan
yang tak lagi kuat untuk menjaga
kita

No comments:

Post a Comment